Total Pageviews
Tuesday, July 19, 2011
manusia oh manusia
baiklah hari ini saya nak berleter . apa yang bakal saya tuturkan sebentar lagi kebanyakannya berkaitan dengan orang luar/orang di sekeliling/kenalan saya . sekiranya ada kata-kata saya yang menyinggungkan hati , minta maaf lah . kata-kata saya ini ada yang benar dan ada juga yang salah . kenapa perlu marah orang lain dengan cemuhan dan kata-kata yang hina ? Eh , hina sangat ke orang lain sampai perlu marah macam tu dengan kata-kata kasar ? alahai benda kecil macam tu pun boleh terjerit-jerit depan semua orang . buat malu je tau orang yang kena herdik tu . mana dia nak letak muka ? melampau betul . cubalah terima kelemahan orang lain , awak ingat awak tu pandai sangat ke ? lagi satu , jangan suka-suka nak pandang rendah pada kebolehan orang lain . tak pernah dengar ke peribahasa ni , " diam-diam ubi berisi " ? awak ingat awak seorang je ke yang pandai , orang lain semuanya bodoh lah ya ? kepala otak hang . kalau nak tegur tu , bagilah kritikan yang membina . ni tak tegur dengan cara mengherdik berserta dengusan yang kasar . menyakitkan hati orang je tau . Hmm , siapa yang tak terluka kalau kena herdik macam tu ? kalau lah dah naik angin pun , agak-agak ah sikit . fikirkan lah pulak perasaan orang lain . kalau nak orang lain jaga hati awak , awak jagalah hati orang lain dulu . manusia ni kalau dah mewah sangat , memang buta hati . lupa asal usul tapi takkan lah tak tahu kot yang kemewahan dekat dunia ni tak akan kekal ? sampai bila nak hidup macam ni ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment