Total Pageviews

Wednesday, April 6, 2011

kebenaran

jangan sesekali memperlekehkan perubahan yang orang lain cuba usahakan kerana sesungguhnya perubahan yang mereka lakukan bakal membawa kepada kebaikan . FAHAM ?

baiklah , selamat sejahtera saya ucapkan . sudah 4 hari saya tidak kemas kini blog saya , ada tak sesiapa yang rindukan saya ? mesti ramai kan , saya tahu saya comel :D . hehe . banyak perkara yang sering berlegar dalam minda saya . antaranya , kenapa ramai yang suka membantah apabila ada yang mahu menganut agama Islam ? KENAPA ? kenapa pulak tak ada yang marah bila ada yang nak menganut agama Kristian ? agama Kristian tu lebih mulia lah ya ? sebab tu orang tak marah ke ? kenyataan sudah berada di hadapan saya , saya hanya tinggal beberapa langkah lagi untuk mengecapi kebahagiaan yang hakiki di dunia dan juga akhirat . saya sentiasa katakan TIDAK kepada agama Kristian dulu , kini dan selamanya ! moga-moga Yang Maha Esa memberi saya peluang untuk mengecapi kebahagiaan tersebut . saya selalu berkata kepada diri saya , " ada hikmah di sebalik setiap perkara yang berlaku " . dengan ayat ini lah , saya mendapat semangat yang kuat untuk terus berusaha dan saya telah belajar bersyukur daripada ayat ini juga . saya sentiasa mahukan keadilan , di samping itu saya terus mengejar kebenaran yang tersirat . saya percaya setiap orang berhak untuk mendapat yang terbaik . Yang Maha Esa tidak pernah membiarkan hamba-Nya berseorangan . saya rasa bersyukur kerana saya masih mempunyai peluang lagi untuk hidup di dunia ini dengan ajaran yang membawa saya ke arah kebaikan .

saya dan iman sedang tunggu surat tawaran yang sama ! moga-moga Yang Maha Esa kabulkan lah doa kami . esok saya akan terlibat dalam program saintis muda di mana sekolah saya menjadi tuan rumah bagi acara ini . yang datang bertanding esok semuanya budak bawah 15 lah . jadi , jangan fikir lebih-lebih . hehe :)

No comments:

Post a Comment