kadang-kadang agak penat kan terpaksa bangun awal tiap-tiap pagi untuk pergi belajar . sebab nak bangun awal lah , malam hari tak boleh tengok cerita yang kita suka sampai lewat malam . 12 pagi lewat ke ? haha . memang lewat bagi yang nak bangun awal . saya pun jenis yang agak susah bangun awal tapi tengok keadaan lah . bila terlampau teruja tu , memang bangun awal lah . terlebih awal pulak tu . haha . tapi kan belajar di sekolah memang seronok walaupun peraturan yang disediakan sememangnya amat menjengkelkan tapi sebagai seorang pelajar , kenalah ikut jugak peraturan sekolah . bagus jugak sebenarnya , boleh lah kita jadi orang yang berdisiplin . tahun depan lepas SPM tak payah belajar dekat sekolah dah! tak tahu lah saya nak terlonjak-lonjak kegembiraan ataupun menangis sebab rindukan sekolah -.- haha . masa tu dah boleh sambung belajar dekat kolej/universiti , teruja lah! :D
antara IPT pilihan saya ialah :
Universiti Malaya
Universiti Tunku Abdul Rahman / KTAR
UITM
Universiti Sains Malaysia
dapat IPT mana pun tak kisah lah asalkan jangan dekat Sabah dan Sarawak . tak sanggup saya nak pergi belajar dekat sana sebab saya tak faham bahasa mereka . saya pun tak sesuai dengan budaya mereka yang sememangnya berbeza , BERBEZA ibarat langit dengan bumi . kat sana bukan tak baik , cuma saya tak suka .
No comments:
Post a Comment