Total Pageviews

Tuesday, March 22, 2011

Saya nak jadi pelajar yang cemerlang ! Amin :)

saya dah dapat hampir kesemua keputusan ujian bulanan 1 di sekolah .

  • BM - 93
  • BI - 83
  • Sejarah - 95
  • Pend. Moral - 75
  • Maths - 66
  • Add Maths - 48
  • Chemistry - 56
  • Biology - 34
  • Physics
saya agak puas hati dengan keputusan sebegini . saya mendapat markah tertinggi bagi subjek Bahasa Malaysia , Bahasa Inggeris dan Sejarah di kelas 4 Berdikari . saya gembira dan bangga dengannya tetapi bukan bongkak ataupun angkuh diri . Ingat ya , Biology saya dah fail . hahahaha . Add Maths hanya ada 9 orang pelajar yang lulus dan saya sangat bersyukur saya adalah antara pelajarnya . Biology ada 4 orang pelajar yang gagal dan saya amat " bangga " kerana dimasukkan ke dalam senarai antara pelajar yang tidak lulus . Pend. Moral ada orang dapat seratus markah tau , memang hebat ! :P Markah Bahasa Malaysia saya memang agak tinggi tetapi ada lagi yang dapat markah yang lebih tinggi dan cemerlang daripada saya :) . saya akan cuba sedaya upaya saya untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian saya . terlupa pulak , Physics tak dapat lagi . saya memberitahu kalian semua keputusan saya bukan untuk menunjuk-nunjuk mahupun membuka pekung di dada tetapi sekadar berkongsi suka dan duka saya .

kepada yang tidak berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang , janganlah berputus asa . teruskan berusaha . Anda hanya GAGAL apabila berhenti mencuba :)

No comments:

Post a Comment